excel-142

Excel Training Resort Sdn Bhd diwujudkan bagi memenuhi kehendak dan hasrat pelanggan yang mahukan kelainan dalam menganjurkan program-program latihan dan motivasi. Keluasannya 18 ekar dan terletak di pinggir hutan simpan Lenggeng yang dikelilingi bukit bukau yang pasti memukau mata setiap pengunjungnya. Dengan suasana alam semulajadi yang nyaman dan permai serta jauh dari kesibukan kota, pasti menjadikan setiap kunjungan anda satu memori indah yang tidak dapat dilupakan.

excel-2

Pembinaan Excel Training Resort Sdn Bhd mengambilkira pemuliharaan alam semulajadi yang mengadunkan konsep bangunan moden dengan gabungan keindahan semulajadi, suasana lembah yang nyaman serta ketenangan air terjun yang mengasyikkan.

27oct2008-8

Excel Training Resort Sdn Bhd menyediakan pelbagai pakej dan kemudahan kepada para pengunjung seperti tempat latihan dan penginapan (chalet, asrama dan khemah), kawasan untuk kegiatan riadah & rekreasi, menu masakan ala kampung yang menyelerakan serta layanan mesra, pasti menggamit perasaan setiap individu yang menginginkan suasana yang tenang jauh dari kesibukan kota.

image004

image049

excel-34

Kemudahan Surau Disediakan

Anjung Selera

__________________________________________________________________________________________

Tempat-tempat menarik yang berdekatan adalah seperti;

– Ladang orkid, buah naga (dragonfruit), durian, getah, kelapa, kelapa sawit dan lain-lain

– Kawasan ternakan ikan keli, ikan tilapia, taman arnab, pusat kajian landak, ladang ternakan kambing dan lain-lain

– Bukit Broga (Broga Hill)

– Nilai 3

– Padang golf

__________________________________________________________________________________________

Jarak ke Excel Training Resort;

– Kajang: 20 minit

– Kuala Lumpur: 45 minit

– Bangi: 30 minit

– Shah Alam: 45 minit

– Seremban: 30 minit

– Nilai: 30 minit

– Putrajaya: 30 minit